Tuesday, May 21, 2013

MURAH TAPI BERKESAN - DNARS

Lihat... cantikkan kakak ni? Kombinasi set normal dgn foundation yg menakjubkan. Kenapa?? Tgk btul2... 3 perbezaan wajah dari muka selepas dicuci tanpa sebarang make up, pemakaian day krim ( sunblock ) & yg terakhir di'natural' kembali dgn foundation magic gold... Hasilnya meletuupps... wajah yg semulajdi cantik dgn secalit celak & lipstik. Boleh cuba skrg... Produk yg x akan mngecewakan kita. Dr berjerawat n mempunyai parut skarang tidak lagi. Percayalah... In sha Allah....




Thursday, April 25, 2013

JOM TRY DULU!!

KOPI PUERARIA MIRIFICA PLUS KOLAGEN ( untuk wanita shj )

* Menegang, memejal dan membesarkan payudara.
* Mengalami pencerahan kulit
* Bentuk badan yang mengiurkan
* Pembesaran payudara dialami dalam tempoh 1 bulan
* merangsangkan keintiman suami isteri.

 # yg penting, rasanya sedap!!

MAGIC GOLD FOUNDATION

Alami perubahan wajah dengan foundation ajaib yang merawat cela wajah dalam masa 5 minit. Bedak asas SPF 40 & minyak biji anggur yang bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel kulit selama 12 jam dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

-Mencerahkan, menganjalkan & menegangkan kulit wajah.
-Menutup kecelaan pada wajah.
-Mengandungi vitamin E yang bertindak menghilangkan parut pada wajah.
-Sesuai untuk kulit jeragat/kulit kusam/ sensitif/normal.
-Tidak berminyak, tidak cepat berpeluh & ianya kalis air, boleh bertahan selama 12 jam.
-Dikeluarkan dalam 1 warna sahaja tetapi sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya bertindak secara ajaib mengeluarkan warna mengikut jenis darah/ tona kulit.
Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit Lelaki dan Wanita..

BERMINAT???
pm/call/whatssap 012-9835154


Wednesday, April 24, 2013

TESTI DIRI....

4 bulan selepas pemakaian DNARS SKINCARE

Alhamdulillah, atas dasar cuba-cuba... kini aku 'jatuh cinta' padanya..... ramai yg dah percaya! Dulu pun aku x percaya... tapi sekarang tak lagi... Segalanya telah merubah kulit yang kusam & tak bermaya kembali ceria semula. Nak dijadikan cerita, suamiku kini juga telah menggunakan DNARS kerana 'keterujaan'nya melihat kulit aku yg semakin halus... Jeleess la tuh... hikhikhik. En. Somi kini dlm proses, nanti klu menjadi aku akan postkan testinya di sini... Mesti korang nak tengokkan... Tapi aku kasi dia pakai pencuci muka n krim mlm jer... kang jd 'terlebih' sudah... Risau plak x kenal laki sendiri....  ahahaakss

Berminat utk mencuba??
Jom pm/whatssap laju2... 012-9835154 (ana)

#Setiap pertanyaan pasti ada jawapan....

JANGAN TUNGGU LAMA2.... PERCAYA DGN DNARS!

SILKY GOLD FOUNDATION - OIL CONTROL

MAGIC GOLD FOUNDATION - NORMAL
Promosi... sehingga 30 April 2013!

1 lg foundation yang baru dikeluarkan iaitu Silky Gold Foundation khas utk kulit berminyak. Tapi x semestinya kerana kulit normal juga bleh memakainya. Teksturnya yg lembut & halus terasa ringan di wajah seolah2 tidak memakai sbrg foundation... Percayalah! Ianya juga sesuai utk wanita 20an dan 30an.... Nak lebih mantoppps lagi bleh juga di pakai kedua2 foundation iaitu magic gold & silky Gold, hasilnya meletuppss.. Harganya pun murah...hehehe..

Cubalah... Jgn malu & segan!

Berminat?
pm / whatssap 0129835154

Tuesday, April 23, 2013

Aspresiasi dr DZ-Foto & Services
call / pm/ whatssap 01126390327 / 0129835154

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

PROMOSI PAKEJ PERKAHWINAN

Kepada yang ingin melangsungkan perkahwinan dan masih belum mempunyai photografer utk majlis anda.... Jawapannya di sini .... kerana kami juga menawarkan Profesional Service kpd bakal2 pengantin.

Pelbagai pakej yg disediakan mengikut bajet pengantin.

Hubungi kami di : DZ-Foto & Services
 call/pm/whatsap 01126390327 / 0129835154


Serikan hari indah kalian dgn DZ-Foto & Srvices

JOM SERTAI DNARS SKINCARE

Sape2 di Jitra & Muadzam Shah @ mana2 shj yg mahu dptkan Dnars skincare juga blh hubungi ANA  +60129835154 (pm/whatsapp) ♥♥♥

Sekiranya saya berada di mana2 daerah boleh COD shj. Apa-apa contact dulu...
Dptkannya dari Pengedar yang SAH...

In sha Allah, yakini Dnars akan menyerikan wajah anda!

Lihatlah perbezaan wajahnya... MULUSS kan?? Ingin cantik sptnya cpt2 pm / whatssap 012-9835154

TAHUN 2013 AKU KEMBALI....

MasyaAllah... punyanya lama aku tinggalkan blog ni sesorg. HUkHUKhuk... Sbnrnya tak ingat password tapi hari ni saja try jer... Eh, eh,eh... dapat plak bukanya. Alhamdulillah.... Syukur!

So, banyaklah benda baru yg aku rasa nak kongsi kot. kalau ade yg nak mdengarla..... Sepanjang sethn yg lps, tak ade byk sgt perubahan aku. Cuma yg pastinya berat badan cam makin naik, sbb hidup terasa lebih bahagia agaknya bersama suami dan anak-anak. Anak-anak pun masih dua belum nak jadi tiga... huhuhu.... Bila agaknya??? Aku mengharap juga kerana umurku yg semakin meningkat dewasa ini... hihihi...

Anak-anak comelku dah semakin membesar. Sorang 6 tahun & sorang lagi 3 tahun.... sampai mama tak larat nak melayan keletah mereka.



PENGEDAR DNARSKINCARE 2013

Salam buat pembaca.....

Ceritanya bermula dgn cuba2... hasil perkenalan daripada seorang 'ADIK IPAR'. Asalnya tidak terpikat tapi sekadar mencuba setelah sekian lama mukaku tidak diserikan dengan sebarang kosmetik semenjak lepas kahwin. Hanya sekadar mencuci dengan S*** dan beralaskan bedak M*****....

Kini, hampir 4 bulan penggunaan Dnars Skincare... Mukaku terasa semakin halus n lembab. Kalu dulunya nmpk kusam tidak bermaya tetapi sekarang terasa yakin bergaya. Pedulikan saja org-org di sekeliling anda! Mereka berhak menilai apa yg mereka lihat... :)

Nak kata cantik, ramai lagi orang yang cantik. Sekadar untuk memuaskan hati sendiri, kita seharusnya untuk merasai sesuatu yang selama ini tidak ada. Percubaanku menggunakan DNARS satu langkah baru dan sbg perkongsian untuk semua sahabat, kakak & adik-adik. Alhamdulillah.... kini aku menjadi agen dan mahukan org lain juga dapat perkongsian bersama.

Percubaan anda tidak menjamin sesuatu tetapi anda pasti rasa ianya memberi kepuasan dari hasil percubaan itu. Insha Allah... Ramai yang sudah mencuba & hasilnya mmg membanggakan. Jom sertai saya dalam DNARS skincare - RAR !!

Percubaan Pertama ( Trial Set Normal )
Terus 'jatuh cinta' ( Full Set - inilah yg saya pakai sekarang ) 





Thursday, June 14, 2012

TENGAH2 TAHUN BARU KEMBALI

MasyaAllah.... baru bleh bula blog ini. Lama betul tak menulis.... Bila dh buka x tau pulak nk mula dgn apa. Testing... testing.... Sj utk hari ini! :)

Wednesday, October 5, 2011

PROMOSI PAKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN 2011

Pelanggan yg dihormati,


Sesiapa yg berminat utk melangsungkan perkahwinan dan masih lagi belum mempunyai jurufoto utk merakamkan detik bersejarah anda. Ini jawabannya..... Promosi sempena hjg tahun 2011 berdasarkan ketetapan berikut :


Lokasi : * 27 Nov - 3 Dis ( Kelantan )
             * 4 Dis - 17 Dis ( Kedah / Perlis )
             * 18 Dis - 24 Dis ( Kelantan ) 
             * 26 Dis -1 Jan 2012 ( Pahang )


Kami akan berada di lokasi berikut sepanjang cuti persekolahan ini. Utk maklumat lanjut, sila hubungi kami 012-4633587 ( Din ) utk membuat tetapan tarikh kerana beberapa tarikh telah ditempah. Harap maklum. 

Tuesday, September 20, 2011

Kenangan Terindah... Raya 2011

Tahun ni lah kami dpt meraikan Aidilfitri dgn meriah kerana semua dpt bkumpul bsama-sama. Alhamdulillah..... Apabila melihat kpd keadaan sedemikian, segala macam perasaan yg ada di hati. Adik-beradik sume dh bkahwin, tggl yg bongsu baru btunang dan insyaAllah akan mendirikan mahligainya pd tahun hadapan. Harapan bonda dan ayhanda dh tercapai utk melihat ank2nya berjaya dgn kehidupan masing2....



Bersama family tercinta....




Melihat kpd ibunda dan ayhanda, jelas kelihatan wajah yg semakin dimakin usia. Kekdg sedih dtg melingkari hati. Inilah kenangan antara kami yg tak akan lekang di hati.

Saturday, August 13, 2011

BONUS.... BONUS....

Kerajaan akhirnya bersetuju meng'hadiah'kan bonus kepada 1.27 juta kakitangan awam yang bakal menikmati bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, manakala setiap pesara kerajaan pula mendapat RM500 yang akan dibayar pertengahan bulan ini.

Jumlah pembayaran bonus tahun dianggarkan sebanyak RM2 billion.

Maka kerajaan pun dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan, lantaran Perdana Menteri sendiri menyebut pemberian bonus ini tidak lain adalah untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat di musim perayaan ini.

Namun, dalam jangka pendek di mana kadar produktiviti pengeluaran adalah malar, maka kesan langsung dari lebihan wang dalam kitaran ekonomi ialah kenaikan harga barang yang berkali ganda mengikut hukum MV=PT dari teori Irving Fisher.

Apatah lagi kes ketidakcukupan barang-barang keperluan untuk sambutan perayaan seringkali kita dengar yang sudah pasti mengakibatkan tingkat harga semakin melambung.

Jadi pemberian bonus yang diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan kakitangan awam itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat jika harga barang melambung tinggi dari kadar biasa.

Logiknya, peningkatan nominal pendapatan kakitangan awam sebanyak 50 peratus pada bulan ini tidak bermakna apa-apa apabila harga barang naik mendadak lebih dari kadar berkenaan hasil dari penguncupan kuasa beli mereka.

Kita juga ingin tahu dari sumber manakah kerajaan memperolehi dana berjumlah RM2 billion untuk pembayaran bonus berkenaan? Saya tidak fikir kerajaan sanggup mencetak wang semata-mata untuk tujuan ini.

Jadi saya beranggapan ia hasil dari pinjaman kerajaan. Sudah tentu pemberian bonus ini bakal mengakibatkan jumlah pinjaman kerajaan meningkat sekaligus defisit kerajaan yang lebih tinggi.

Untuk tahun 2009 dan 2010, hutang kerajaan naik mendadak pada kadar lebih 50 peratus dari KDNK (2009 - 55 peratus dan 2010 - 54 peratus), paling tinggi sejak krisis kewangan 1998. Malah melebihi purata pinjaman kerajaan sejak 1990 hingga 2010 iaitu pada 47 peratus.

Bajet kerajaan juga masih terbelenggu masalah defisit sejak lebih sedekad lalu. Sejak dari krisis kewangan 1998 purata defisit kerajaan adalah 4-5% peratus dari KDNK negara. Paling kritikal pada 2009 iaitu pada kadar lebih 7 peratus.

Walaupun tahun 2010 dapat dikurangkan ke 5.6 peratus, namun pada 2011 ia dianggarkan dalam jajaran 5 peratus juga. Tambah buruk lagi, peningkatan defisit adalah kerana bertambahnya perbelanjan pengurusan, bukannya perbelanjaanpembangunan.

Jika dana RM2 billion ini hasil pinjaman kerajaan, maka keputusan kerajaan memberikan bonus ini seolah-olah cuba menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan penguncupan kuasa beli rakyat sekadar melepaskan batuk di tangga, isu ranting yang diberi perhatian, akar permasalahannya dipejamkan mata.

Yang nyata, kita berdepan dengan keadaan kewangan kerajaan yang cacamarba pengurusannya. Kita punya kerajaan yang tidak serius menangani kebajikan ekonomi rakyat.

Jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan beban rakyat, maka tunjukkan keseriusan dalam menangani maslah pembaziran, ketirisan, dan perbelanjaan melampau.

Ingatkah anda lagi pada kos RM50 juta untuk melaksanakan program email 1Malaysia? Manakala RM1.8 juta pula disia-siakan untuk membayar kos penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia oleh syarikat yang langsung tiada laman web!



Jika anda teliti Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat, anda sudah pasti berjumpa dengan pelbagai senarai ketirisan dan salah urus harta Negara hingga mengakibatkan ketirisan lebih RM28 billion. Ini bukan cerita rekaan, semua maklumat ini juga boleh didapati dari Laporan Audit Negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakyat sebenarnya berhak mendapat kualiti gaji yang memungkinkan kuasa beli yg lebih tinggi. Pemberian bonus secara one-off begini tidak membantu rakyat mencapai tahap itu. Kita perlukan pengurusan yang benar-benar berhemah, yang mahu meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama.

Peningkatan ekonomi tidak sekadar pada peratus kenaikan KDNK semata, namun kebajikan dan taraf hidup rakyat patut turut meningkat.

Kalau kita teliti pemberian bonus ini pun, sepatutnya ia berbentuk piramid di mana untuk kakitangan awam di peringkat tertinggi seperti JUSA patut tiada bonus diberikan, bagi kumpulan professional dan kumpulan A mendapat setengah atau sebulan gaji, dan bagi kumpulan sokongan dan pentadbiran sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. Ini baru dilihat benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat.

Tidak hairanlah ada pembaca akhbar yang meminta CUEPACS menolak pemberian bonus setengah bulan ini dan mengharap badan penjawat awam itu terus mendesak kerajaan memberikan sekurang-kurangnya bonus dua bulan gaji dan juga menyemak kembali tangga gaji mereka.

Atau adakah ini langkah kerajaan mengabui mata penjawat awam memandangkan ura-ura pilihanraya umum yang makin dekat?

dipetik : http://www.malaysiakini.com/letters/172577

Friday, August 12, 2011

Chery Eastar 2.0L – lebih bagus dari Proton Exora?


Chery Eastar, sebuah MPV 7 tempat duduk kategori pertengahan dari negara China. Saya tidak pasti jika ada pembelinya yang tidak tahu bahawa Chery Eastar merupakan produk syarikat automotif dari negara China, tetapi jumlah jualannya boleh dikatakan laris dan dengan mudah kita boleh melihat model ini di atas jalan raya. Mungkin jiran kita atau orang yang kita kenal juga memiliki sebuah Eastar. Ada tarikan istimewa berkenaan model ini barangkali, sudah tentu.



Pertama kali melihat kereta ini berada di atas jalan raya dengan enjin 2.4 liter sewaktu mula diperkenalkan dulu, saya terkejut dan tertanya-tanya sendirian. Pemandu Chery Eastar yang pertama kali saya lihat itu ialah seorang pemandu wanita Melayu dengan no. pendaftaran dari Negeri Kelantan. Dalam fikiran saya ketika itu ialah, mungkin dia tidak tahu kereta yang sedang dipandunya itu kereta buatan China. Yang pasti saya kagum dan sedikit hairan kerana dia berani membeli sebuah Eastar yang ketika itu baru saja diperkenalkan.

Masa berlalu begitu pantas dan sehinggalah hari ini, semakin banyak pula Chery Eastar yang berada di atas jalan raya. Beberapa orang yang saya kenal dengan megahnya memandu model itu, jadi apa lagi yang saya boleh katakan? Apa yang saya fikirkan selama ini terhadap kenderaan buatan China nampaknya kekal di dalam minda saya sahaja, tetapi orang lain telah berubah. Bagaimanapun saya tetap ada persoalan yang belum ada jawapannya, mengapa mereka semua membeli sebuah MPV buatan China sedangkan harganya lebih mahal dari sebuah Proton Exora?

Saya hairan mengapa mereka mengambil risiko untuk membeli sebuah Eastar? Adakah kualitinya lebih bagus dari model Exora? Bukankah jika mereka mampu membelinya bermakna mereka juga mampu membeli sebuah Exora, atau Nissan Grand Livina? Bagi saya Proton Exora mempunyai rekabentuk yang jauh lebih menarik dari Chery Eastar, tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak semua orang berfikir seperti saya.

Chery Eastar yang dijual ketika ini dilancarkan pada bulan Mei 2010 dan menggunakan enjin ACTECO 2.0 liter, 4 silinder, 16 injap DOHC. Varian sebelumnya menggunakan enjin 4G64 2.4 liter dari Mitsubishi. Enjin terbaru ACTECO dibina sendiri oleh Chery dengan kerjasama syarikat AVL dari Austria. Kuasa yang dihasilkan sebanyak 134hp@5,750rpm dan tork maksimum sebanyak 180Nm@4,400Nm. Ianya dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Tayar dan rim roda yang digunakan bersaiz 205/55R16, cukup sesuai dengan rekabentuknya yang sporty dan bergraviti rendah.

Menariknya berkenaan enjin ACTECO 2.0 liter ini ialah jaminan yang ditawarkan kepadanya. Untuk lebih ketenangan fikiran, pemilik Eastar boleh menarik nafas lega kerana mendapat 5 tahun waranti atau 200,000 km, yang mana lebih awal. Waranti untuk sebuah Eastar pula ialah 3 tahun atau 100,000 km yang mana lebih awal. Harga sebuah Chery Eastar bermula RM81,988.00 (harga atas jalan, kusyen balutan fabrik) dan RM83,988.00 (harga atas jalan, kusyen balutan kulit).

Antara ciri-ciri standard yang ada ialah kawalan suhu automatik (automatic climate control), MP3/USB audio dengan kawalan audio di stereng, cermin kuasa di semua pintu, beg udara SRS berkembar di hadapan, dan brek ABS dengan EBD. Tidak dilupakan tambahan kit badan dan aksesori minor yang menghiasi keseluruhan model ini berjaya menjadikannya kelihatan lebih sporty dan menawan. Lampu depan dan belakang dengan gaya baru yang lebih cantik juga berjaya membangkitkan serinya.

Dengan harga yang ditawarkan di bawah RM100k, plus rupa yang menawan dan sporty, tidak syak lagi ianya menjadi faktor utama mengapa Chery Eastar mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Namun jika saya diberi pilihan, belum masanya untuk saya membeli sebuah kenderaan buatan China. Sejak kebelakangan ini saya lihat semakin banyak Chery Eastar yang dimodifikasi dengan kit badan penuh yang cukup bergaya. Kepada semua pemilik Chery Eastar sama ada varian 2.4 liter atau 2.0 liter, mungkin boleh berkongsi pengalaman memiliki MPV tersebut di ruangan ini sebagai info yang boleh kita kongsikan bersama.

DIPETIK : http://www.arenakereta.com/chery-eastar-2-0l-lebih-bagus-dari-proton-exora/

Dah Boli ...???

Alhamdulillah... sekali lagi hajat tercapat utk thn 2011. Dapat memiliki sebuah MPV yg perlu dibanggakan wpun ramai yg tidak myukainya. Tp yg pasti aku & my hubby mmg puas hati... Kesimpulannya, jgn dgr ckp2 org.... Btindaklah ats kemahuan diri sendiri! Yup... ni CHERY EASTAR 2.0 L kami sekeluarga.....

Wednesday, July 13, 2011

alkisah : CHERY EASTAR ES 2.0L

Tetiba rasa nak citer kat korang... hehehe. Sbnrnya sblm nie aku mmg bercita-cita ingin memiliki MPV tp x tau mana yg ok dan bpatutan harga. Setelah di'survey', hati aku terpaut la pd 1 MPV nih... Niat nk mbeli ada tp... kurg yakin atas bbrp sbb sbb ianya buatan China. Ada org yg mengutuk juga... Nk jual x laku, brg China x tahan lama dsbnya lah. Addeyy, ermmm....

Cmner nih, aku mmg bkenan gilerla pd body dia yg sporty, luas & paling penting harganya mampu dimiliki. Hahahaha.... Mesti korg dh tau MPV ape kan??? Malu plak nk bgtau.... huhuuhu....

Biasalah, utk ms depan nak kereta besar utk family & sbg 2nd car kalau ada ape2 senang. So, setelah byk2 survey, 2x test drive... akhirnya, aku pun sepakatla dgn my suami utk kami memiliki CHERY EASTAR ES 2.0L. ( Dalam hati lantakla dgn kata org janji diri puas hati & duit bkn korg yg bagi ) Nak menyedapkan hati sbnrnya.... hehehhe

so, skrg nih tgh tggu loan lps ker x..? Klau hubby x lps, aku pula la yg take over..... InsyaAllah & alhamdulillah... moga tercapailah hajat kami tahun nie! Amin....