Wednesday, July 13, 2011

alkisah : CHERY EASTAR ES 2.0L

Tetiba rasa nak citer kat korang... hehehe. Sbnrnya sblm nie aku mmg bercita-cita ingin memiliki MPV tp x tau mana yg ok dan bpatutan harga. Setelah di'survey', hati aku terpaut la pd 1 MPV nih... Niat nk mbeli ada tp... kurg yakin atas bbrp sbb sbb ianya buatan China. Ada org yg mengutuk juga... Nk jual x laku, brg China x tahan lama dsbnya lah. Addeyy, ermmm....

Cmner nih, aku mmg bkenan gilerla pd body dia yg sporty, luas & paling penting harganya mampu dimiliki. Hahahaha.... Mesti korg dh tau MPV ape kan??? Malu plak nk bgtau.... huhuuhu....

Biasalah, utk ms depan nak kereta besar utk family & sbg 2nd car kalau ada ape2 senang. So, setelah byk2 survey, 2x test drive... akhirnya, aku pun sepakatla dgn my suami utk kami memiliki CHERY EASTAR ES 2.0L. ( Dalam hati lantakla dgn kata org janji diri puas hati & duit bkn korg yg bagi ) Nak menyedapkan hati sbnrnya.... hehehhe

so, skrg nih tgh tggu loan lps ker x..? Klau hubby x lps, aku pula la yg take over..... InsyaAllah & alhamdulillah... moga tercapailah hajat kami tahun nie! Amin....

TIPS UTK SUAMI ISTERI

ni adalah beberapa tips yang hendak saya berkongsi bersama rakan2 semua, mungkin ada yg telah membacanya..Tips cinta suami isteri



* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.



* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.



* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.



* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.



* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.



* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.



* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.



* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.



* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.



* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.



* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.



* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.



* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.



* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.



* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.



* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.



* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.



* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.



* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.

( sELAMAT bERAMAL )

Dipetik oleh :My Baby store