Thursday, August 19, 2010

PENDAPATAN RM4000, JIKA PAKATAN KUASAI PUTRAJAYA.
Ogos 19, 10 2:12pm


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.

Dipetik dari:
Malaysia Kini
DINAR, DIRHAM JADI REBUTAN RAKYAT KELANTAN.
Ogos 19, 10 10:02am


Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan, semalam menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Kota Bharu bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.


Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.

- Bernama

Thursday, August 12, 2010

Anak - My life, my love....


Sekarang tepat pukul 2.05 am, ntah tetiba aku tersedar dari tido... mataku pun segar bugar. Mungkin aku tertido awl tadi, inilah akibatnya.... Terasa mahu menulis tapi tak tahu apa yang nak ditulis. Daripada tak buat apa-apa, baik aku kongsi cerita.....

Melihat kepada anak-anakku, sumenya makin membesar, rupanya dah jadi ibu aku sekarang. Macam tak percaya tapi inilah kehidupan. bestnya kalau ada ramai anak,kan??? Tapi mampukah aku? Isssh, bila lihat anak-anak membesar di depan mata seronok rupanya. Jauh dari apa yang kusangka dahulu.

Sedap didengar bila anak-anak memaggilku "mama.....", bahgianya. Anak sulungku sekarang dah hampir menjejak kaki ke angka 3 manakala yg kedua sudah 6 bulan umurnya. Sakit bersalin masih lagi terasa tp bila anak di depan mata, sakit tu dah tak ingat... Itu hati seorang ibu agaknya. Sekaranglah baru merasa jadi seorang ibu. Wahai kaum=kaum wanita di luar sana, jadilah ibu yang baik dan yang terbaik untuk anak-anak kita. Itulah harapanku... mampukah??? Insya'Allah.... Amin.

Wednesday, August 11, 2010

Renungan...

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan


Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.



Puasa dan Seks Di Bulan Ramadan


Agak ramai pesakit saya bertanya - Apakah seks itu harus dihentikan sepanjang bulan ramadan ?

Ramai umat Islam diseluruh dunia menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadan dan berebut-rebut nak buat ibadat dibulan Ramadan, konon untuk mendapatkan pahala yang berganda. Begitu juga kaum ibu turut mengejar pahala ibidat di bulan Ramadan.

Ya niat kaum ibu itu amat besar untuk mengejar pahala di bulan puasa atau bulan ramadan. Malah kaum ibu harus sedar bahawa "pahala' yang diperolehi berlipat kali ganda itu bukan hanya buat ibadah puasa sahaja, malah apa-apa amalan lain juga turut mendapat pahala yang berlipat seperti memasak untuk suami dan keluarga berbuka, imsyak, makan minum anak-anak, mengurus rumah tangga dan lain-lain tugasan rumah berupakan pahala yang besar, khusunya di bulan ramadan.

Tiba Waktu Malam


Suami mengejar Ibadah Sunat Terawih

Isteri juga tidak ketinggalan mahu pahala yang banyak dibulan ramadan - katanya hanya sekali dalam setahun !!

Satu ketika berlaku satu peperangan lalu dikumpulkan kaum muslimin untuk berperang melawan kafir, lalu datang sekumpulan wanita meminta izin dengan Rasulullah SAW katanya" Ya Rasulullah, tidak adil kaum lelaki, kamu panggil untuk berperang dan jika mereka mati, mereka menjadi syahid, mereka terus dimasukkan ke Surga, Ini tidak adil, Ya Rasululah, kami juga mahu pergi berperang dan mahu syahid juga."

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, " Wahai kaum ibu, ketahui oleh mu bahawa menjaga anak dirumah dan urusan rumah tangga juga di Fi Sabililah , dan pahalanya sama besar dengan suami mu yang pergi berjuang disisi Allah - Pahalanya sama dengan para Syuhada."

Sekarang Soal Hubungan Suami isteri Di Waktu malam Bulan Ramadan.


Si isteri mengejar-gejar pahala dan berlumba ke masjid konon untuk mendapatkan pahala yang banyak 'Solat Sunat Tarawih' sehingga terabai tugasan dirumah, anak-anak dirumah siapa yang membimbing nya ?

Benar, niat anda untuk mengumpulkan pahala amal ibadat kerana tidak mahu mesia-siakan keberkatan bulan ramadan. Sudah tentu niat anda itu tidak salah.

Tetapi bila pulang kerumah Jangan Abaikan Tugasan dan Tanggung Jawab anda terhadap Suami anda dalam hubungan kelamin atau seksual.

Kita sedia maklum bahawa di siang hari suami isteri dilarang berhubungan badan dan pada waktu malam mengejar ibadah sunnah solat terawih sehingga keletihan, tiadk ada mood, malas mengantuk dan menepikan hubungan seksual suami.

Ya, hai kaum ibu, ibadah puasa itu wajib dan ada lagi satu tanngungan jawab besar kamu yang wajib ditaati. Bila suami kamu mengajak kamu berhubungan badan, kamu tidak boleh menolaknya walaupun diatas unta ! Saya rasa ayat ini semua kita sudah ketahui bila menghadiri kursus kawin sebelum bernikah.

Kenapa kamu tidak menghayati hadis ini ?


Kenapa kamu mengutamakan satu ibadah sunnah sedangkan kamu mengabaikan satu lagi ibadah sunnah yang juga besar pahalanya iaitu hak suami isteri. Hak Allah wajib kita tunaikan diwaktu siang hari dan hak pasangan anda juga wajib kita tunaikan dalam hubungan suami isteri, diwaktu malam hari.

Jika kita mengumpulkan pahala dibulan ramadan, hubungan suami isteri waktu malam dibulan maradan juga memberi kita pahala.

Berdosa besar jika si isteri tidak melayan kehendak suami, kita khuatir 'kalau-kalau' pahala yang dibuat sia-sia kerana anda menepikan kehendak suami - itu kan juga ibadah.

Begitu juga sebaliknya.

Walaupun hanya sekadar hubungan suami isteri , seksual atau mesra-mesraan, namun kita harus ikhlas dalam melakukannya. Jika tidak sia-sia sahaja, pahala tidak dapat, malah berdosa dan yang dapat hanya letih semata-mata

Walahualam.

Dipetik dari : Perpustakaan Perubatan , Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia

Pasir Mas, Kelantan.

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Kepada semua pembaca blog,

Selamat menyambut Ramadhan yg akn tiba esok. Syukur sekali lg kita dpt bertemu dgnnya.. Alhamdulillah... Moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna n diberi ganjaran yg lebih olehNya.

Dalam bulan yg mulia ini, aku berharap dpt menjadi insan yg cekal dan tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini seorg yg tabah dlm mendidik anak2. Seorang yg penyayang dan kasih dgn murid2 dan seorang taat setia kepada suami. Amin...."

Moga tercapai impian di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Saturday, August 7, 2010

Belajar wat blog

heheh... sj jer aku try wat blog sendiri.. Ntah jadi ke x taula. Janji aku cuba dulu & ini hasilnya x sbrp.. Kira oklah 'bdk baru bljr' kekekeke. PAsni aku nak tunjuk kat my hubby... huhuhuhu. Dh lama aku minta dier ajarkan tp x ajar2.... See! Pd mlm yg sunyi ini, ank2ku dh tido termasuklah my hubby aku pun wat 'projek' la. khikihkhi (Jgn mare bang...)

Aku isteri, mama & cikgu.....