Thursday, January 20, 2011

TINGGINYA CITA-CITA..

Bila xde keje mulanya memikirkan hal2 yg tidak sepatutnya.... Bilalah agaknya kami boleh bina sebuah istana ( yg pasti designnya rekaan sendiri ). Sehingga saat ini aku belum lg terjumpa pelan lantai yg serasi dgnku..... kononnya.

Dah byk ku kumpul koleksi majalah tentang rumah tp belum ada yg memenuhi citarasa lagi... Antara pelan yg ku jumpa tp x best sgtla...


macam kecil plop...


ok ker yg nih? ermmm.... ( fikir2 )


yg ni banglow....



suke ker yg nih??



yg ini...??? ( x minat )

Tuesday, January 18, 2011

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG.....

Hari ini genap setahun usia anakanda tercinta NUR ALMA MARINI.... Moga bertambah sihat, ceria & matang menempuh hari2 mendatang.

Mama & abah belikan kek buat awak....






Inilah tuan punya kek... haha



EPI BESTDAY TO YOU.....

Thursday, January 6, 2011

Islam memiliki penawar segala masalah.


2011/01/06
Al-Quran, sunnah wajar dijadikan sumber panduan kehidupan sepanjang zaman

FIRMAN Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan tiadalah ia dari orang musyrik. Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” (Surah al-An’am: 161-163)

Islam wajib diletakkan sebagai teras menunjangi setiap lapangan hidup manusia kerana tidak ada satu masalah pun dalam kehidupan ini melainkan Islam mempunyai penawarnya dan jalan penyelesaian yang ampuh.
Di sini terletaknya ciri keunikan dan keistimewaan menghiasi Islam hingga diiktiraf sebagai al-Din, paling sempurna dan lengkap dengan sistem atau cara hidup menyeluruh.
Oleh demikian, Islam yang bersumber kepada al-Quran dan sunnah bukan sekadar relevan untuk masa kini, sepatutnya dikembalikan kedudukan yang asal sebagai tonggak sumber perundangan dan cara hidup sejagat.

Islam perlu dihayati secara menyeluruh, bukannya diambil sebahagiannya dan ditolak sebahagian lain kerana turutkan kehendak nafsu menyeleweng.

Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan, penghayatan Islam itu sebenarnya berdiri atas dua landasan utama iaitu landasan iman yang membawa maksud kepercayaan bahawa tiada Tuhan wajib disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Juga percaya kepada malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan takdir-Nya. Landasan kedua ialah landasan Islam yang didahului dengan kepercayaan kepada Allah dan Muhammad SAW sebagai utusan-Nya yang tersimpul dalam dua kalimah syahadah.
Keyakinan ini diperkukuhkan dengan solat, zakat, puasa dan haji. Pendek kata, hakikat beragama itu ialah gandingan kemas antara iman dan Islam sehingga menjadi teras utama yang akan mendasari setiap sudut kehidupan seseorang Muslim.

Perlu ditegaskan, nilai keagamaan hendaklah seiringan dalam setiap aktiviti keduniaan yang dilakukan umat Islam. Nilai keagamaan penting ke arah melahirkan individu salih, produktif serta aktif dalam setiap dimensi hidup untuk membentuk komuniti masyarakat harmoni lagi cemerlang.

Maka bertepatan sekali kata-kata Syed Qutb: “Pada asasnya agama akan hilang seri dan ertinya kalau ia tidak mengatur kehidupan ini dengan konsepsi, penyerahan, pengertian dan perundangannya yang khusus. Teras kehidupan manusia ini sewajarnya berdiri atas dasar konsepsi kepercayaan yang akan memberikan penafsiran mengenai hakikat hidup ini, hubungannya dengan Penciptanya, kedudukan manusia di dalam pentas hidup ini, matlamat kewujudan manusia dan bentuk-bentuk hubungan yang akan merealisasikan matlamat kewujudannya itu.
Hubungan itu berupa dalam bentuk hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, hubungan manusia dengan seluruh kehidupan makhluk dan juga hubungan manusia dengan sesama manusia”.

Islam mempunyai tasawwur atau pandangan sejagat yang cukup luas sehingga mencakupi setiap detik dan ruang lingkup kehidupan manusia. Tidak timbul persoalan hal ukhrawi mahupun duniawi, kedua-duanya termasuk pengertian ibadah dalam Islam jika menepati syarak.

Ibadah dalam Islam merangkumi aspek ekonomi, pergaulan, sosial, politik, kebudayaan sejajar ciri-ciri keistimewaan Islam yang bersifat syumul dan sejagat. Apa saja gerak geri dan tindakan seseorang Muslim tidak dapat lari daripada pengertian ibadah kepada Allah.

Kesimpulannya, setiap Muslim wajib menginsafi seluruh kehidupannya sebenarnya satu ibadah. Oleh itu, setiap Muslim wajar bermuhasabah pada setiap masa dan ketika terhadap amalan dan pergaulan sehariannya supaya
termasuk dalam amalan salih yang diterima Allah.

Petikan : Berita Harian

Terima Kasih PTPTN....

Semalam adalah hari yg paling menggembirakan dlm hidup... Nak tahu kenapa??? hehehe....

Aku terima "surat pelepasan" dr PTPTN.... Sekarang aku dah bebas dr hutang!!! TQVM atas pertolongan seorg kwn yg bekerja kat sana. Kalau tak bila lah agaknyer... ( TQ Wan Aishah )

Pasni nak try mohon 'UJRAH' plak... Moga2 dpt. InsyaAllah....