Thursday, September 23, 2010

KARYA YANG TIDAK 'MENJADI'


Saat pertama anakku mula berkarya.... khusyuknyeerr...



Tajuknya CORAK BERTINDIH... hehehehe


Hasil karya dah nak siap... tp tak penuh pun. Dah la tak penuh, pastu cabut semula pulak tuh! Penat jer buat!!!

Wednesday, September 22, 2010

Lebih 490,000 duduki UPSR tahun ini.


Sebahagian murid tahun enam tekun menjawab soalan Matematik ketika menduduki peperiksaan UPSR di SK Uda 2, iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Sept. — Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 16,965 dari SJK Tamil.

Turut menduduki UPSR hari ini ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kurang upaya.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Permatang Badak di sini berkata, beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri Ariffin Embong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.

Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya.

Sementara itu, di ALOR SETAR, seramai 39,756 pelajar di Kedah menduduki peperiksaan itu, kata Pengarah Pelajaran negeri Shahidan Abd. Rahman ketika dihubungi.

"Sebanyak 560 pusat peperiksaan dibuka yang melibatkan 549 buah sekolah di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, peperiksaan hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang masalah dilaporkan.

"Memandangkan cuaca sekarang ini tidak menentu, jadi setiap sekolah telah bersedia jika berlaku banjir di sekolah mereka. Kita akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Tuesday, September 21, 2010

Lima Pelajar Hamil Mendaftar di Sekolah Harapan Hari Ini

JASIN 19 Sept. - Lima pelajar berusia 16 dan 17 tahun termasuk seorang Cina menjadi kumpulan pertama mendaftar masuk ke Sekolah Harapan yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada remaja hamil esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka akan mendaftar di sekolah yang terletak di Jalan Pegawai itu dengan ditemani keluarga masing-masing.

Menurutnya, empat daripada mereka bersekolah dalam tingkatan lima dan seorang dalam tingkatan empat masing-masing berasal dari negeri ini, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

"Kesemua mereka memasuki sekolah ini atas usaha ibu bapa masing-masing, tiada yang datang secara sukarela.

"Seorang daripada mereka adalah Cina dan ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan dalam memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan," katanya selepas menghadiri majlis bacaan tahlil dan meninjau operasi Sekolah Harapan yang beroperasi kelmarin.

Sekolah Harapan kini beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah itu beserta sebuah asrama dijadikan pusat penginapan pelajar dikenali sebagai Rumah Harapan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Kata Mohd. Ali, daripada lima pendaftaran pelajar tersebut, tiga dibuat melalui Internet yang diselia JAIM.

Jelasnya, peraturan di Sekolah Harapan tetap sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang serupa.

"Cuma, kita tetapkan peraturan di sekolah ini bahawa orang ramai tidak dibenarkan memasukinya secara bebas dan gambar pelajar juga tidak boleh dirakam demi menjaga kepentingan mereka," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan keluarga pelajar terlibat berhubung tindakan Mahkamah Syariah mengikut kesalahan di bawah Seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah 1991.

"Soal tindakan lanjut ke atas pelajar berkenaan terpulang kepada mahkamah. Perkara ini kita akan runding selepas ini. Kita utamakan dahulu kebajikan dan beri perlindungan kepada remaja perempuan yang hamil ini, saya pasti pihak mahkamah akan beri pertimbangan sewajarnya," kata beliau.

Petikan : Utusan Malaysia Online, 20 September 2010

Monday, September 20, 2010

PTPTN Oh PTPTN!

Aku sokong sgtlah bila PTPTN nak buat potongan gaji bagi yg belum membuat bayaran balik pinjaman tuh! hehehe.... Sbnrnya bkn aku dengki ker ape tp aku tgh frust nih! Bila kita berhutang mmglah wajib bayar kan??? Mmgla... kdg kala pinjam skit tapi bayarnya lebih2. Aku pun geram gak dulu.

Bayangkanlah, aku mula buat bayaran balik masa belajar kat maktab. Niat aku satu jer selepas abih bljr dulu "Aku nak bayar hutang..." Alhamdulillah, niat tercapai bila aku diterima masuk ke mktb. Dgn elaun pertamaku itulah aku bayar hutang hinggalah hutangku selesai. Syukur.... Faedahnya jgn kiralah x tau berapa byk duit gaji aku abis demi melangsaikan pinjaman yg RM25 000 kalu tak salah. Pinjam Rm19 500 jer tapi disebabkan menganggur tak dptlah nak bayar lagi sbb tu melambung tinggi ongkosnya.

hahahahaaha... skrg dah boleh ketawa besar skit sbb dah abis bayar tapi yg aku frust nih, bila PTPTN nak keluarkan surat pelepasan utk aku nih??? Dah byk kali aku telefon, tak dapat perhatian pun. Takkanlah aku yg baik hati lagi pemurah gini, sanggup bayar smapai hutang selesai takde apa2 pengahargaan.... Terasa tercabar jgak bila fikir2. Nak suh bayar sampai lubang cacing dicari, bila dah dapat sepah dibuang. Sggh kurang sopan.... Sedeyy rasa hati... :(

Pada siapakah harusku mengadu??? tolongggg.... nak surat jer! bukan emas berjuta... bukan minta kurang pun jumlah duit tuh.... Akan ku cuba lagi sehingga berjaya, mungkin suatu hari aku terpaksa jejakkan kaki ke menara PTPTN tu utk mohon surat aku.... Tggulah kedatanganku!

Hujung Minggu Dgn Anak2 & Suami


Boring punya pasal..." Abah, jom kita bawa anak2 gi taman, nak tak?"

Jom...

Sakali skala dpt main dgn ank2 best jgak. Diorg pun tentu boring hjg mggu asyik terperap jer kat umah.... Padahal mama dia yg boring! hhehehe... takde lah... :)


tapi tak leh main sgt pun, baru lepas hujan... Sekadar jln2 jer!

HEPI BELATED BESDAY TO AMNI....

Hari & mlm ni mama busy buat persiapan utk birthday anak mama, NUR AMNI MAHIRAH yg ke3. Slamat Hari Lahir, sayang.... sori terlewat sbb ari tu Amni tak sihat, mama pun tak senang hati nak smbt besday awk.... Tp bila Amni dah sihat, mama pun senang hati & niat mama utk Amni tercapai. Alhamdulillah.....

Ptg tadi mama gi beli barang, ambil kek Doraemon ( kesukaan Amni ).
Tiap2 hari citer tulah yg ditgknya. Tapi nmpk gayanya minat Amni dah semakin berubah, mana taknya... ULTRAMAN COSMOS pula nak ditgknya tiap2 ptg pukul 7.00pm. Sap kena record lagi utk dia tgk bila ms2 terluang. Lelaki ker pompuan kakak Amni nih? hehehe... mestilah pompuan kan! :) sbb mama suka jgak tumpang sekaki... bestla pula rasanya. Itulah citer kegemaran zmn kanak2 dolu2. Mengikutla tuh... :)

Mlm ni sempatlah celebrated... kek kena lebihkan sebiji utk Amni potong kat umah. Kalau x maunya 'Doraemon' tuh nak dipotongnya. Nasib baik ingat kalu tak, mesti tak sempat bawa kee sekolah esok jwbnya... Kat umah, kek chuuummeelll jer! Cukup utk keluarga kecil mcm kami.... heheheh


Pas amik kek, mama buat pula agar2 chumelll, letak dlm bekas plastik. 40gm agar2 dapatlah dalam 44 bekas. FUUhhh, nasib baik cukup.... tak pandai nak agak leh dpt byk mana. Budak2 taska ada 37 org + cikgu 5 org = 42 org.


Cukuplah... utk cikgu pun kena bagi jgak. Dah siap agar2, malam pun menjelma, mama pun apa lg smgt la mbungkus barang2 + duit raya RM1 sorg. Cukuplah tuh... bdk kecik tak leh pegang duit byk2.... khikhihkih. Budget dah larila... Kebetulan birthday dlm raya ginilah nasib 'labu'...

Ok, bungkusan mama dah siap, "Amni esok bawa ke sekolah bagi dekat kwn2 & cikgu Amni yer...". Dah malam nih, jomlah kita tido... zzZZZzzzzZZZzzzZzzzz

Saturday, September 18, 2010

Salam Eidil Fitri...

Lama sudah rasanya mama tak menulis, rindu plak nak menconteng di monitor nih! Terlebih dahulu mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat muslimin & muslimat sekalian. Tak terasa puasa di bulan Ramadhan dh berakhir.

Tahun ni raya dh bertambah ahli baru, jadi 4 suda... Sonok rupanya ramai ahli. hihihihi....



Tapi yg tak bestnyer tahun jadi tak best plak. Apa tidaknya, dari mula blk kg anakku Amni demam kuat sgt, siap dgn ulser penuh mulut pastu ditmbh lg dgn bengkak n berdarah gusi... Tensen rasanya. Waktu org nak smbt lebaran plak mcm2 jadi tp takdir dah ditentukan. Kami sekeluarga terima seadanya.

Alhamdulillah, skrg dh beransur pulih n dia pun dah boleh makan. Senang hati mama tgk amni dah nak makan & minta itu, ini... Mama akan sediakan utk anak mama.... & mama doakan Amni kembali sihat seperti sediakala. InsyaAllah...

Daripada kami sekeluarga : SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN