Friday, February 11, 2011

PROSES DEMI PROSES....

Perkembangan terbaru.... grill dah siap dipasang bersama rail langsir. Tengok ni! Grill biasa gini pun dah byk abis, cmner nak buat yg berbunga2an.





Lampu untuk ruang tamu dah ada... Tggu utk dipasang lagi.





Setelah hampir seminggu menunggu wiring siap... inilah hasilnya.... (sikit jer ubahnya )

................

RUMAH BARU..... 2011

Alhamdulillah... rezeki anak2, aku dpt mbeli sebuah rumah yg comel. Cukup utk kehidupan kami berempat tumpang berteduh. Teruja jgak sbb 1st time dpt beli rumah.... Pasni klu nak beli rumah dah tererla skit. Rupanya byk yg perlu dipelajari dlm selok-belok utk membeli rumah.... Aku belajar dari pengalaman pertama. Kalau tak beli tentu belum tahu sebegini.

Pasni kalau ada lagi rezeki, blehla cari lagi kat Kedah plak. Tp yg pastinya nak buat rumah di tanah sendiri.... Lebih puas hati.

Orang kata mahal rumah yg aku beli... tp daripada kajian yg aku dpt, mmg rumah kat sini harganya mahal skit dari tempat lain. Dari duduk menyewa, lebih baik membeli & dapat jgak menambahkan aset di masa hadapan. ( Pandangan aku )

Apa pun, aku gembira sgt2 dapat membelinya.... :) Bila nak pindah x tau lagi. Rumah tu x ada lampu & kipas, kena pi beli dulu... Adeeiyy, biasanya kalau rumah baru dah siap dgn lampu & kipas tp ini tidak....??? Patutlah , org kata mahal.... Byk sudah aku melabur! Pasang grill lagi... Rail langsir pun kena jgak! Peace.... jgn tensen2, laburkan dgn senyuman supaya hati menjadi tenang.

PILIHAN LOT. NO 48 :

Inilah rumahnya..... ( Ogos 2010 )

Monday, February 7, 2011

BEBAN TUGAS GURU : ( bacalah )

Apa Jadi Jawatankuasa Khas?

TELAH hampir setahun penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman ini merupakan perkhabaran gembira buat seluruh guru. Namun sehingga kini para guru masih menanti dengan penuh debaran kerana tiada sebarang perkembangan berkaitan penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut.

Apa yang para guru ingin tahu ialah apakah metadologi kajian yang akan atau telah digunakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut? Sekiranya melalui kaji selidik, mengapa tiada sebarang borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru? Sekiranya metadologi temubual digunakan, bilakah masanya para guru akan diberi peluang menyatakan masalah mereka?

Atau sekiranya kajian dilakukan menggunakan teknologi terkini, apakah nombor telefon khas atau emel jawatankuasa khas tersebut yang boleh para guru hubungi. Atau adakah jawatankuasa khas tersebut akan menggunakan teknologi paling terkini iaitu kaedah pemerhatian yang digabungkan dengan teknik remote control?

Namun sehingga kini nampaknya tiada sebarang penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, sebaliknya yang timbul ialah ‘lebih kerja’ untuk guru.

Terbaharu, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan yang sememangnya bertujuan murni bagi mencungkil potensi pelajar. Namun malangnya pihak pentadbiran sekolah yang mahu cepat menjadi pengetua atau guru besar cemerlang barangkali, terus cuba mengimplementasi 1Murid 1Sukan seolah-olah Sekolah Kebangsaan (SK) adalah sekolah sukan!

Tidak ada satu garis panduan khusus untuk melaksanakannya. Segalanya bergantung kepada pihak pentadbiran sekolah. Mungkin lebih wajar sekiranya waktu pembelajaran sedia ada pada hari-hari tertentu dianjalkan bagi memberi ruang kepada satu atau dua waktu program 1Murid 1Sukan. Malangnya kebanyakan sekolah mengambil tindakan yang paling popular iaitu guru-guru kena datang waktu petang untuk menjayakan 1Murid 1Sukan.

Para guru sebenarnya sudah tidak kisah untuk pulang lewat setiap petang kerana selepas bersukan dan berko-kurikulum dengan murid-murid sehingga lewat petang, guru-guru akan menjadi semakin cergas. Pada sebelah malamnya ramai guru merasa amat bertenaga untuk menyemak buku nota dan buku latihan pelajar.

Anak-anak pula, kebanyakan guru tidak mempunyai anak untuk dididik. Bagi guru yang mempunyai anak pula, anak mereka akan diserahkan pula kepada masyarakat setempat untuk dididik sebagai balasan guru mendidik anak masyarakat pada sebelah siangnya.

Guru-guru amat mengharapkan sesuatu yang positif daripada jawatankuasa khas tersebut agar permasalahan beban kerja guru dapat diselesaikan dan guru kembali menjadi pendidik yang sebenar-benarnya. Permasalahan ini seharusnya diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia membazirkan masa para guru dan merugikan pelajar.

Justeru para guru seluruh negara amat mengharapkan agar satu transformasi dalam profesyen perguruan akan diumumkan.

NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah, Kedah


Sumber: Forum Utusan Malaysia |3 Februari 2011|

Tags: guru, Pendidikan, perjawatan, Perkhidmatan, sekolah