Thursday, December 23, 2010

Selamat Tinggal Cameron....



Cuti kali nih sempat ber'holiday' 3D2N di Cameron Highlands... Puas hati smpt gi jln2 tp x sempat gi ladang teh. ermmmm.... x ape, lain kali ada masa sampai lagi.

Cantik bunga2 kat sana, segar2... sempat buat koleksi...










sedap rupanya strawberry + chocolate... nyum...nyummm..



Jumpa lagi Cameron.....

Thursday, November 11, 2010

Teluk Cempedak @ Kuantan

Koleksi peribadi : ( photoshoot )



Amni : sayang mama...


Amni : fuhh...fuhh..fuuhh...

Saturday, October 16, 2010

Wajah-wajah Idaman

Niat di hati ingin memiliki sebuah MPV.... tp ingin juga mengetahui MPV mana paling ok dari segi keselesaan & keselamatan. Dua ciri itu yg paling ku utamakan selain dr designnya. Ada sesiapa yg ingin beri pendapat atau komen... Cuba lihat ini : ( Bestkan??)

Semuanya arrgghhhhh.... cantik-cantik belaka....







sekali-sekala bila berjalan jauh ni, teringinlah juga... setiap cuti sekolah saja, kg halaman menjadi destinasi pilhan... Pahang - Kelantan - Kedah ( 3 negeri yg membuatkan seluruh badan sakit2 ). Salah satu sebab aku ingin memiliki MPV....



Adakah akan tercapai impian di hati? Hendak 1000 daya...



Sekadar ingin meluahkan kepuasan utk diri...
Yg mana satu pilihan di hati??....

Grandis? Odyssey? Stream? Wish? And Exora? Lima jer pilihan... cukuplah tuh, blum tentu mampu! Exora mungkin mampu tp 'org kata cc kecil, berat...' Aku nak jln jauh... Msh lg dlm pemikiran. Tolonggg... Nk beli ke tak?



Sunday, October 10, 2010

SUNGAI LEMBING, KUANTAN



Kisahnya sejarah Sg. Lembing ini adalah berasal dari perkatan "lembing" itu sendiri yang dipanah pada seekor kijang. Kijang tersebut telah melarikan diri dan terjun ke dalam sungai sehingga tak dijumpai. Yang tinggal hanya sebilah lembing yg dijumpai oleh pelombong bijih ketika itu. Al-kisahnya....


Alat Pemadam Api




Jenis-jenis Mineral Pendarflour



Telefon lama



Mesin Tunai dan Mesin Kira

Thursday, September 23, 2010

KARYA YANG TIDAK 'MENJADI'


Saat pertama anakku mula berkarya.... khusyuknyeerr...



Tajuknya CORAK BERTINDIH... hehehehe


Hasil karya dah nak siap... tp tak penuh pun. Dah la tak penuh, pastu cabut semula pulak tuh! Penat jer buat!!!

Wednesday, September 22, 2010

Lebih 490,000 duduki UPSR tahun ini.


Sebahagian murid tahun enam tekun menjawab soalan Matematik ketika menduduki peperiksaan UPSR di SK Uda 2, iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Sept. — Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 16,965 dari SJK Tamil.

Turut menduduki UPSR hari ini ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kurang upaya.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Permatang Badak di sini berkata, beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri Ariffin Embong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.

Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya.

Sementara itu, di ALOR SETAR, seramai 39,756 pelajar di Kedah menduduki peperiksaan itu, kata Pengarah Pelajaran negeri Shahidan Abd. Rahman ketika dihubungi.

"Sebanyak 560 pusat peperiksaan dibuka yang melibatkan 549 buah sekolah di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, peperiksaan hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang masalah dilaporkan.

"Memandangkan cuaca sekarang ini tidak menentu, jadi setiap sekolah telah bersedia jika berlaku banjir di sekolah mereka. Kita akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Tuesday, September 21, 2010

Lima Pelajar Hamil Mendaftar di Sekolah Harapan Hari Ini

JASIN 19 Sept. - Lima pelajar berusia 16 dan 17 tahun termasuk seorang Cina menjadi kumpulan pertama mendaftar masuk ke Sekolah Harapan yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada remaja hamil esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka akan mendaftar di sekolah yang terletak di Jalan Pegawai itu dengan ditemani keluarga masing-masing.

Menurutnya, empat daripada mereka bersekolah dalam tingkatan lima dan seorang dalam tingkatan empat masing-masing berasal dari negeri ini, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

"Kesemua mereka memasuki sekolah ini atas usaha ibu bapa masing-masing, tiada yang datang secara sukarela.

"Seorang daripada mereka adalah Cina dan ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan dalam memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan," katanya selepas menghadiri majlis bacaan tahlil dan meninjau operasi Sekolah Harapan yang beroperasi kelmarin.

Sekolah Harapan kini beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah itu beserta sebuah asrama dijadikan pusat penginapan pelajar dikenali sebagai Rumah Harapan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Kata Mohd. Ali, daripada lima pendaftaran pelajar tersebut, tiga dibuat melalui Internet yang diselia JAIM.

Jelasnya, peraturan di Sekolah Harapan tetap sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang serupa.

"Cuma, kita tetapkan peraturan di sekolah ini bahawa orang ramai tidak dibenarkan memasukinya secara bebas dan gambar pelajar juga tidak boleh dirakam demi menjaga kepentingan mereka," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan keluarga pelajar terlibat berhubung tindakan Mahkamah Syariah mengikut kesalahan di bawah Seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah 1991.

"Soal tindakan lanjut ke atas pelajar berkenaan terpulang kepada mahkamah. Perkara ini kita akan runding selepas ini. Kita utamakan dahulu kebajikan dan beri perlindungan kepada remaja perempuan yang hamil ini, saya pasti pihak mahkamah akan beri pertimbangan sewajarnya," kata beliau.

Petikan : Utusan Malaysia Online, 20 September 2010